Saturday 20 October 2012

TEST

TEST


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjYOwWXt6loJB9M7teNISrnY8jjYs4mDwL4Tn54yV2zXZ1Vu4OlqhxQZ2i5tRYqlGenQRIGe-JQlJrLscOu_97rNggKPBe8CFlM4a_DOYlapLkxp7anhGzfheF8Py-z9jNF_bot9KbyM1w6/s1600/peta+malaysia.gif

Tips terus solat

Selalunya kita sering terlupa akan kewajipan kita terhadap YANG MAHA ESA. Kewajipan yg telah kita janjikan sewaktu didlm perut ibu kita. Kita sering terlupa dgn janji-janji kita bahawasanya TIADA TUHAN YG LAYAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH. Kita sering alpha dgn tugas-tugas kita yg rasanya begitu penting buat kita. Tugas sebagai pekerja terhadap majikannya, tugas sebagai seketeri terhapad bossnya, tugas sebagai majikan terhadap kliennya tapi pernah kah kita ingat tugas kita sebagai hamba terhadap  ALLAH yg menjadikan kita. Alhamdulillah jika kita selalu mengingatinya tetapi adakah semasa kita senang atau susah. Adakah semasa kita berada dlm keadaan suka atau duka. Pernahkah kita terpikirkan akan janji-janji kita itu dan balasannya kerana memungkiri janji-janji tersebut...Bagaimanakah kita hendak sentiasa mengingati akan janji-janji tersebut. Adakah setelah ditimpa musibah, adakah setelah selesai kita menziarahi jenazah org yg kita sayangi atau kita kenali atau adakah setelah kita beroleh sesuatu yg kita impikan. Tepuk dada tanya selera. Sememangnya sebagai manusia yg serba lemah, kita tidak terlepas dari melakukan pelbagai kesalahan samaada kita sedari mahu pun tidak tetapi pernahkah kita terpikir bahawa kita dijadikan dengan sebaik-baik kejadian dan semulia-mulia makhluk diantara kesemua makhluk yg ALLAH jadikan. Alhamdulillah sekiranya kita sentiasa bersyukur terhadapnya dan sentiasa mengharapkan agar kita sentiasa berada didalam lindungan rahmatnya.Bagaimanakah caranya kita bersyukur, adakah cukup hanya sekadar dgn ucapan.

Kita sering tertanya-tanya, bagaimanakah caranya kita hendak terus menjaga perkara-perkara yg wajib yg telah kita janjikan terhadap pencipta kita, terutamanya SOLAT. Amat sukar sebenarnya untuk kita terus berSOLAT kerana kita sering dilalaikan dgn pelbagai alasan dan tahukah kita bahawa setiap alasan itu adalah kerja-kerja syaitan nirrojim. Walau apa pun alasannya, SOLAT adalah wajib dan tiada alasan yg dapat kita berikan dari terus meninggalkan solat kecuali MATI. Mungkin ada beberapa alasan yg munasabah TETAPI itu bukanya alasan untuk kita lari daripada mendirikan solat. Ada yg berkata kalau orang gila tak solat pun tak mengapa, adakah kita sanggup menjadi gila hanya kerana hendak meninggalkan solat.

Ada beberapa tips yg mungkin dapat kita kongsi bersama untuk kita terus bersolat. Mungkin senang bagi saya tapi tidak bagi org lain, begitulah sebaliknya tetapi sekurang-kurangnya kita hendaklah berusaha untuk berubah dan ketahuilah bahawa disetiap usaha pasti akan ada kejayaannya, insyallah. Banyak sangat mukadimmahnya, mcm ustazlah pulak. Saya ni pun sebenarnya manusia biasa yg selalu aja berat nak mengerjakan solat terutamanya solat subuh. Ada je alasannya dan ada je perkara-perkara yg mengganggu supaya jangan solat atau melambat-lambatkan solat dan dlm tak sedar, tau-tau jer dah habis waktu. Nak qada, kadang tu buat tapi lebih banyak yg tak buat. Setelah berhempas pulas melawan godaan setan dan berusaha untuk mengekalkan solat, alhamdulillah sekarang ni saya boleh dikatakan berjaya menjalankan kewajipan tersebut walaupun kadang tu terbabas gak waktunya maklumlah, setan ni banyak level dan grednya. Tak tergoda dgn setan kecik, abang setan plak cuba. tak tergoda gak, mau bapak-bapak setan plak yg datang sampai lah yg ke peringkat setan-setan otai. Kita kena tahu bahawa setan-setan tu adalah musuh kita jadi selalunya dia jd musuh bila kita tak ikup cakap dia tapi kalo kita ikut cakap dia, kita jadi geng dia. jadi lu pikirlah sendiri nak duk belah mana. Kalo nak jadi geng dia, wat habis masa dan kouta korang je baca laman aku ni tapi kalo nak jadi musuh dia, meh kita sama-sama berperang dgn dia. Sapa dia tu, tentulah SETAN laknatullah. Syaitan yg dilaknat oleh ALLAH. Kenapa dilaknat sedangkan dia juga hamba Allah, semestinya kerana dia sombong dan bongkak terhadap TUHAN yg menciptakannya. Adakah kita pun nak berpimpin tangan dengannya diakhirat kelak. Nauzubillah, aku tak nak. Korang aku tak tau lah nak ke tak nak.

Tips yg utamanya, kita kena fokuskan dlm kapala otak kita bahawa kehendak dan sifat kita hendaklah  berlawanan dgn kehendak setan-setan tu tadi.Contohnya kita mestilah nakkan kebaikan tetapi setan nakkan keburukkan supaya kita berasa putus asa dan kecewa dan macam-macam lagi lah. Kita kena tetapkan dan kuatkan semangat kita untuk terus melakukan kebaikan, tak kiralah walau apa pun, yg penting hendaklah berlawanan dgn sifat-sifat setan tu tadi.

Seterusnya, kita semua tahu siapa yg meninggalkan solat, setiap doa dan amalannya tidak akan diterima oleh ALLAH jadi tak gunalah kita berdoa jika doa kita tidak diterima. Camner plak bila pas melawat rakan tau sedara yg ditimpa musibah, kita selalu cakap kt diorg yg kita doakan dia org cepat sembuh atau bila pas g menziarah org mati kita selalu berdoa agar roh org tu ditempatkan bersama-sama dgn org mukmin. ALAMAK bro, camner doa kita nak diterima kalo kita tak sembahyang atau tak solat. Camner kalo mak bapak kita atau org yg kita sayang ditimpa musibah, ALLAH tak tima doa kita bro. Pekara ni aku tanya kat ustaz-ustaz dan baca kat buku dan kat internet, bukannya aku sendiri yg suka-suka nak wat citer. Jadi aku  nak doa diterima ALLAH, kena bersolat lah. Jangan plak ada yg bercakap, tak guna bersolat kalo tak ikhlas. Ni cuma tips tuk kita bersolat, ikhlas bab lain. Jgn campur adukkan. Abih tu, mana lebih baik, ikhlas dlm solat atau tak solat langsung. Ingat.. SESUNGGUHNYA SOLAT ITU MENCEGAH  KITA DARI BERBUAT MUNGKAR. Masa skg ni, berapa ramai yg melakukan sesuatu tu dgn ikhlas. Ahh malas nak citer bab ikhlas kat kolum ni, nanti lari plak dari tajuk..

Rakan dan saudaraku sekelian, ingat mengingati diantara satu sama lain amat dituntut didalam agama Islam. Seandainya kita ditegur demi kebaikan, anggaplah itu sebagai hadiah untuk kita jadikan bekalan didalam kehidupan harian kita.

 NANTI SAMBUNG LAGI. DAH NGANTUK NI..KANG NAK BANGUN SOLAT SUBUH DAN NANTI AKU BAGI TIPS CAMNER NAK ELAKKAN DARI LIAT BANGUN AWAL PAGI TUK WAT SOLAT SUBUH. KETEMU LAGI DAN JGN LUPA SOLAT. ASSALAMUALAIKUM WRAHMATULLAHHIWABAROKATUH.